CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

CEMBURU?? JELEZ??

Assalamualaikum sy ucapkan sebagai madah pembuka bicara..hehe..*da lme tak bersyarah.

kawan kawan..ape itu cemburu? same tak dengan jelez? eh,mmg la same kan? ejaan je laen.
tapikan...kenapa orang cemburu? ade kebaikan ke perasaan cemburu tu? ape pulak keburukannye?
kawan kawan kuat cemburu tak? ha,bek ngaku cepat..tipu dose ea..hihi..kalau dya sendiri la, dya ngaku je dya memang kuat cemburu. dya pun taktau lah kenapa dya cmtu..yela,sume org kan lain lain..hehe..
secara logiknye, setiap perkara mesti akan ade pro & contra. kan kan kan?jom kite tengok same same ape pro & contra nye perasaan ni...

kebaikan CEMBURU :

1) Menjadi perangsang kepada individu terbabit.
perangsang ape? hehe..perangsang kepada kejayaan pada masa akan datang. yela,sesetengah orang akan berasa cemburu apabila melihat kejayaan kawan-kawannya justeru akan menambahkan semangat kepada dirinya untuk berubah dan menempa kejayaan. betul tak?

2) Menambahkan perasaan sayang terhadap pasangan.
orang selalu kata,cemburu tandanya sayang. ye,memang betul cemburu tandanya sayang. tak salah untuk berasa cemburu terhadap pasangan sebab setiap orang mahukan yang terbaik dalam setiap perhubungan. asalkan tak melampaui batas seorang manusia..

3) Menggalakkan minda untuk sentiasa berfikiran positif.
bila kita sedar yang kita telah dilanda perasaan cemburu,secara spontan kita harus menggerakkan otak kita untuk berfikiran waras dan memandang positif terhadap perkara yang berlaku. ini bermakna, kita harus menyelidiki apa punca kita berasa cemburu dan berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.

keburukan CEMBURU :

1) Merosakkan sesebuah perhubungan.
bila cemburu telah menguasai diri,tak mustahil macam macam yang sanggup kita lakukan untuk membalas kembali rasa cemburu tersebut dan akhirnya perasaan itu sendiri yang akan menghancurkan hubungan yang sebenarnya ingin kita pertahankan. orang zaman sekarang (dulu pun sama kot) memang sanggup buat perkara perkara yang merosakkan akidah bila dah cemburu. kalau dalam hubungan suami isteri, sama ada si isteri atau si suami sanggup meng'guna-guna'kan pasangan masing-masing. tujuannya, untuk ikat pasangan. tu pun belum tentu rasa cemburu tu dah hilang.

2) phD.
what does it mean? cemburu pun boleh dapat sijil jugak kan?ha,jangan taktau,sijil ni bukan sebarang sijil tau! sijil ni paling bahaya untuk hati seseorang yang ada perasaan cemburu tahap melampau atau lebih difahami dengan istilah cemburu buta. phD ni means PERASAAN HASAD DENGKI. urrggh..!amat buruk bunyinya. hmm..ni la akibatnya kalau perasaan cemburu dah tak boleh nak dikawal lagi..

3) Bersahabat dengan syaitan laknatullah.
Astaghfirullahal azim..sebolehnya kita sebagai umat Islam,hindarkanlah dari perasaan cemburu yang menjerumuskan diri kita sehingga bersahabat dengan syaitan. pada ketika itu,syaitan telah menikmati kemenangannya kerana telah berjaya menghasut anak Adam. sebagai contohnya, dalam perniagaan, rakan perniagaan kita tak senang dengan kejayaan yang telah kita miliki lantas pergilah dia kepada sang bomoh untuk menghancurkan perniagaan kita. Nauzubillahi mindzalik.


sesungguhnya Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud :“Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

 marilah sama-sama kita renungkan untuk kebaikan bersama..=)













0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...