CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

Salam..=)
coklat tajuk post dya kali ni..knp coklat? dya tau..sume orang suke mkn coklat..tp..tak termasuk dya kot..hehe..hal yang paling dya pelik..di saat sume orang suke sgt mkn coklat,dya tetap tak boleh telan coklat..bole la sikit sikit..kalau mkn banyak banyak,nanti dya pening pastu rs nak muntah..tp bile dya tengok kakak n adik dya mkn coklat,makk oii..mcm mkn nasi! cpt gle abisnye..sedap sgt ye coklat tu?ok,tak dinafikan la coklat tu sedap..-,-'

walau apapun la kan,dya tetap jugak nak tau kebaikan coklat..n ade ke tak keburukannya?check it out!

kebaikan coklat =)

1) mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.
2) menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
3) coklat turut menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.means,coklat amat sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja..
4) dapat membantu mengelakkan kerosakan gigi kerana kandungan coklat itu sendiri yang mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein, dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi. mentega koko pada coklat yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakan (ketika makan coklat tersebut) dan bakteria tidak boleh hidup dalam keadaan sedemikian. malahan,koko itu sendiri merupakan agen antibakteria.
5) coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah penyakit kanser dan jantung. antioxdants juga mencegah penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals.-hasil kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment-
Fakta : 100mg teh mengandungi 13.9mg catechins ; 100mg dark chocolate mengandungi 53.5mg of catechins
6) coklat juga mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi penyakit kronik dan bertindak sebagai penenang fikiran.
7) mengandungi asid oleik dan asid stearik yang mampu mencegah penyakit jantung manakala phenolen untuk mengurangkan peluang mendapat penyakit jantung.
8) mengandungi seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti depressant)
9) sebagai peningkat mood kerana mengandungi phenylethylamine.
10) mengandungi vitamin B1, B2, D dan E dan juga minerak seperti potassium dan magnesium.

keburukan coklat =)

1) segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan terutamanya bagi mereka yang sedang menaikkan berat badan.
2) bagi mereka yang mempunyai migrane,mungkin mengalami pening kepala sekiranya mengambil coklat secara berlebihan.
3) kandungan theobromine pada 'dark chocolate' berbahaya kepada binatang peliharaan. agak-agak kucing tu tertelan coklat,segeralah bawa dia pegi jumpa doktor haiwan..

FAKTA TENTANG COKLAT :

Telah berlaku pemalsuan bagi coklat. oleh kerana koko adalah bahan yang mahal, dapur konvension terpaksa memilih penggunaan gula atau minyak nabati sebagai bahan menggantikan koko kerana harga bagi kedua-dua bahan ini lebih murah.
Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. selain soal harga, dengan menggunakan bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. berbanding koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga rendah. dalam bar coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.
Coklat premium, di sisi lain, biasanya mengandungi sekitar 50-70% coklat padat. disebabkan coklat mengandungi lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandungi lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. maka disebabkan itu, coklat sering disalahkan oleh para penggemarnya untuk masalah yang sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Coklat



2 Comments:

  1. zida said...
    wah hang bleh pi bukak kilang coklat dah ni ;)
  2. dyanissa said...
    haha..pn bole..insya Allah..=p

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...