CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

Apa agaknya ek perbezaan cita2 dengan angan2? kadang-kadang susah nak beza maksud dua benda ni..kata orang, cita-cita bermula dengan angan-angan yang disertakan dengan usaha..tapi angan-angan je mestilah tak kemana kan? setiap orang mesti ada dua benda ni dalam hidup masing2..saya pun begitu juga lah..hehe..meyh kita tengok apa cita-cita dya..hehe..

1) dulu masa kecik2 bila cikgu tanya nak jadi apa bila dah besar, dya salu jawab nak jadi polis sebab dya suka tengok cite gerak khas..(terpengaruh) bila dah besar sikit, nak jadi peguam sebab dya nak bela orang yang tak bersalah..ha,yang ni memang menjadi cita-cita dya sampai form5..tapi bila dah habis form5, ayah suh tukar cita-cita..jadi Pharmacist..so, itulah cita-cita dya sekarang and I'll do my best to achieve my ambition..=)

2) ok, yang ni lawak..memang mungkin jadi angan-angan je kot..dya nak kawin dengan putera raja..pakai gaun lawa-lawa..ala,yang kembang2 tu..macam Cinderella la konon..memang pengaruh tv betul..hehe..

3) dya nak bilik yang sangat luas, cantik n warna pink..oh, ilove pink so much..hehe..

4) dya nak kereta2 mewah tu..berderet kat luar rumah..hehe..

5) cita-cita dya nak dapat anugerah dekan..tapi dapat ke? entah lah, tu la namanya kena usaha..jangan hangat2 taik ayam je..hee..=D

6) nak melancong ke luar negara..ok,dya bukanlah orang senang yang boleh pegy tempat2 pelancongan yang mewah tu..so, dapat berangan je lah...huhu..mungkin akan jadi kenyataan satu hari nanti..insya Allah...

7) yang paling penting, dya nak bagi umi n ayah duit bila dah besar nanti..=)

hmm..dya tak tau lah ni banyak angan2 atau cita2..tapi harap semuanya akan jadi kenyataan lah..huhu...cane plak dengan korang? ingat, jadikan mimpi dan angan-angan sebagai satu kenyataan..insya Allah, dengan doa, usaha dan tawakkal kepada Allah, semua yang kita impikan akan jadi kenyataan..cheers! ^_______^

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...