CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

Bahan - bahan :

8 keping roti - carikkan menjadi kepingan kecil
1 1/2 tin susu cair
4 sb gula
2 sk esen vanila
4 biji telur
4 sb butter
Coklat chips

untuk sos :

1 tin susu cair
2 sb tepung kastard
2 sb gula

Cara - cara :

1) Masukkan telur, gula, butter dan esen vanila kemudian kacau hingga sekata. Kemudian masukkan susu cair dan kacau hingga rata.
2) Tuangkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang.
3) Taburkan coklat chips (kuantiti ikut selera masing-masing..)
4) Kukuskan selama 25-30 minit dengan api yang sederhana.
5) Biarkan dahulu puding sejuk di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Sos kastard :

1) Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas dan gunakan teknik double boiling (untuk elakkan daripada sos menjadi hangit)
2) Kacau sehingga agak pekat kemudian boleh lah dihidangkan bersama puding roti.

Selamat mencuba..!! ^^

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...