CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

Hye..!! hari ni dya nak update pasal telur padi..haa...taktau kan? memang ramai yang taktau telur padi ni apa..tapi kalau tau tu bagus la..hehe..actually, dya tau sal telur ni pun daripada housemate..dia yang masak so try la cari kat area rumah dya..tetiba pulak jumpa..tu terus beli sebab nak try masak..so kiranya ni first trial la..hehe..ok, ni resepi dia..

Bahan-bahan :-

4 biji telur padi (direbus)
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
7 biji cili padi - dihiris
Halia (1 inci) - dihiris
Ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis
Kicap
Garam dan perisa secukup rasa

Cara memasak :-

1) Rebus telur padi sehingga masak. Kupas kulit telur dan di potong dua.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili, halia dan ikan bilis sehingga garing. Kemudian masukkan kicap dan tambahkan sedikit air.
3) Masukkan jus perahan limau kasturi tadi.
4) Letakkan garam dan perisa secukup rasa. (jangan banyak2 sebab dah ada kicap..)

5) Akhir sekali, tuangkan tumisan tadi ke atas telur padi. Siap untuk dihidang.. =)

tak cantik la..huhu..
warna telur tu memang hitam tau! tapi siyes sedap.. Selamat mencuba..! ^^

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...