CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget






salam alaik..ok, this will be the last post for this year..yeah, only 2 hours left to be the end of 2012 then 2013 will come..dalam tempoh sepanjang setahun ni, dah banyak benda yang terjadi..suka, duka, gembira, sedih..tapi Ahamdulillah, semuanya dapat dilalui dengan tenang..antara kisah2 yang terjadi sepanjang 2012 ni dapatlah dirumuskan seperti dibawah..*eceh, nak ayat karangan je..hehe

suka dan gembira : dapat anak buah baru..nama dia Muhammad Faiq Zaqwan bin Yazid..tomey sangat2..bulat gile pipi dia..rasa macam nak gigit2 je..
happy family with cute baby faiq..

2- dapat abang ipar baru..yang ni diorang baru je kawin hari tu..

happily ever after my dear kekka..;) *bilo turn den nak sampai..berangan..haha

3- pergi Cameron Highlands dengan kawan2 kelas tuk aktiviti Communication Skills..best sangat2..untung time kitorang datang tu, ade majlis kawin..so, dapatlah jugak kenal budaya orang asli kat sana n main dengan budak2 kat sana..paling best dapat main galah panjang..haha..asyik kalah je..ok, dah lama tak main kan..dats y kalah..*ayat cover* dan paling best jugak, budak2 tu bawak kitorang naik bukit untuk tengok sungai yang bertingkat2 tu..memang mencabar kesabaran betol..naik senang, turun susah..tapi..tetap best.. 
my very sweethoneysugarcane friends..hehe..

4- hang out dengan OC!!!!yang ni paling indah dalam kenangan aku..miss them so much..wish to meet them again next year..^_______^
comel kan diorang? happy go lucky + hyperactive sumenye..
kalau nak diikutkan, banyak lagi kenangan2 manis tapi den tak mampu nak ingat sume..teruk betol..salu kenangan manis la yang paling diingat..hoho..

sedih dan duka : kehilangan nenek yang paling disayangi..15/6/2012..yang paling membuatkan air mata aku habis kering..kisah ni aku dah pernah cite dekat entry ni..(boleh bukak..jgn segan..) sedangkan sampai sekarang pun kalau aku tengah sakit, mesti aku akan ingat nenek n automatically my tears will run heavily..

2- pointer naik sikit je..haha..eh, kata sedih, ni bole plak gelak..huhu..tah, tapi memang sedih pun..tapi sekurang2nye takde la sampai failed..sume lulus dengan jayanya..so, pointer sem ni la kena naik..dah ade orang janji nak bagi hadiah kalau pointer naik..hehe..

tahun 2012 jugak membuktikan yg aku banyak shopping..sume benda aku nak beli..baju, beg, kasut, tudung..wahh..so heaven..haha..tak padan dengan nama student tu..

so sekarang ni tengah final exam..so far so good kot sume paper..hoho..but have another two papers to go..tapi boleh sibuk mengupdate blog lagi kn..takpe, korban masa jap..hehe..
2013 akan membuatkan umur saya meningkat..ye, meningkat..19 ke 20..tapi waina kata, jgn nak perasan sangat..sebulan pun tak sampai lagi den masuk 19..haha..takpo lah, means masih mude, kecik dan comel..ahakkzz..!!haha..
 well, nak masuk tahun baru mesti sume orang ada azam baru..azam tahun ni pun rasanya ada lagi kot yang tak tercapai..so, kita forwardkan je la ke tahun depan..hehe..sakai je kn..tak patut betol..azam 2013 yang paling utama adalah aku nak jadi yang lebih baik dari sekarang..rasa macam sekarang ni aku dah terlalu jahat..huhuhu..*sedih..* next, nak istiqamah kumpul duit..taknak boros dah..," (tolong percaya)..seterusnya...nak habiskan sem 4 dengan jayanya pastu sem 5 pegi praktikal n buat sehabis baik..oh, lupa lagi satu azam..habiskan kelas memandu..taktahan den asyik kena perli je dengan adik..geram betol..yeay..banyaknye azam aku..haha..*bahagia

Happy Ending 2012



"Sempena sambutan Maal Hijrah pada esok hari, sekolah akan bercuti selama sehari. Baiklah, ustazah nak tanya satu soalan. Apakah maksud hijrah dan apakah kisah disebalik sambutan Maal Hijrah yang saban tahun pasti akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia?” Ustazah Kalsom memulakan kelas pada pagi itu dengan soalan yang cukup menarik minat seorang gadis di sudut kelas tersebut.
“Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Betul tak, ustazah?” Jawab salah seorang pelajar yang dikenali sebagai Hazim.
“Ya, betul tu Hazim. Ada siapa-siapa yang nak ceritakan kisah Hijrah ni?” Kelas senyap sunyi tanpa respon.
“Baiklah, kalau macam tu, biar ustazah je yang ceritakan. Maal Hijrah disambut sempena Tahun Baru Islam. Sama jugak kalau tiap-tiap tahun kita sambut tahun baru Masihi. Tahun Hijrah bermula apabila Nabi Muhammad SAW dan umat Islam pada zaman tersebut berpindah dari Kota Mekah ke Kota Madinah atas wahyu daripada Allah SWT. Ini hanyalah secara ringkas sahaja. Balik rumah, ustazah nak kamu semua cari kisah selanjutnya.” Ustazah Kalsom mengakhiri cerita dengan satu lagi kerja rumah.
‘Huh..kerja lagi. Cuti sehari tapi kerja sekolah macam cuti seminggu. Apa lah nasib. Nama je budak STPM, tapi bagi kerja macam kerja budak tingkatan satu.’ Bebel Tina seorang diri.
Kkrrrriiiiiinnnnnnnnnnnngggggggg….!!!!!
‘Yes, time to chow!’ dengan langkah pantas, Tina terus berlari keluar dari kelas.
“Woi, Tina! Tunggulah kejap!” Dari jauh sudah kedengaran Qila memanggilnya.
“Kau nak apa? Terjerit-jerit. Dah macam beruk.”
“Amboi, sedapnya mulut panggil orang beruk. Yang kau tu dah macam lipas kudung  kenapa? Cepat je keluar kelas sampai tak sempat nak tunggu aku. Kau nak kemana cepat-cepat ni? Oh, nak pergi lepak tak ajak aku kan? Macam ni la kawan.” Inilah Qila. Kawan sedari kecil yang tak pernah berenggang dengan Tina. Segala rahsia Tina, ada dalam tangan Qila dan begitulah sebaliknya.
“Oh, tak ada nak kemana pun. Aku nak balik rumah je ni.” Sedikit gagap ketika Tina menjawab soalan yang di aju oleh Qila sebentar tadi.
“Beb, kau demam ke? Bukan ke kau yang selalu anti gila balik rumah awal-awal? Ni apa cerita pulak tiba-tiba nak balik awal? Jangan kata kat aku, Jo dah tunggu kau kat rumah. Aku tau la parents kau tak de dua minggu ni.” Qila terus membuat tuduhan melulu apabila memikirkan perangai Tina yang agak pelik pada hari itu.
“Hah? Agak-agak la aku nak buat ‘projek’ kat rumah aku. Cari nahas namanya. Memanglah parents aku tak de tapi abang dan kakak aku balik rumah dalam tempoh diorang tak de ni.” Tina menafikan kata-kata Qila tadi. Sebenarnya ada benda yang Tina sembunyikan dari pengetahuan sahabatnya itu. Belum tiba masanya untuk dia memberitahu perkara sebenar.
“Oh, ek? Apa-apa je lah.  So, malam ni kau nak ikut kitorang lepak tak? Danny kata dia nak lepak Dataran Shah Alam. Jom lah. Dah berapa hari kau tak join kitorang. Budak-budak lain pun sibuk tanya aku kenapa kau tak join. Lagipun esok kan cuti. Relax lah.“ Qila berusaha memujuk Tina agar mengikutnya untuk keluar pada malam itu.
“Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku rajin, aku join lah. Homework selambak wey.” Tina juga berusaha menolak ajakan Qila dengan menggunakan kerja rumah sebagai alasan.
“Ok lah, apa-apa hal roger aku tau. Aku blah dulu. Chow!” Qila menepuk bahu Tina dan terus melangkah pergi. Teman lelakinya, Danny, sudah menunggu di luar sekolah untuk membawa Qila yang entah kemana hala tujunya.
…………………………..
Tina melihat jam tangan Swiss yang dipakainya. Jam menunjukkan pukul lapan malam. Dia masih berkira-kira sama ada ingin menerima ajakan Qila ataupun tidak. Sebelah hatinya berkata pergi, sebelah lagi berkata jangan. Mana satu yang harus di ikut? Dia mengambil telefon bimbit Blackberry Curve 9320 yang diletak di atas meja studinya dan mendail nombor seseorang.
“Hello, you kat mana? Boleh ambik I kat tempat biasa? Ye, sekarang. Tak payah lah banyak tanya, ambik je la. Ok, chow.” Ini kali terakhir untuk kau ikut diorang, Tina. Lepas ni, no more. Hatinya berbisik.
“I miss you, Tina. Miss you so much.” Sebaik saja Tina meneroboskan dirinya ke dalam kereta Mitsubishi Evo milik Jo, lelaki itu terus mengambil tangannya dan dikucup.
“You miss me or my body?” Sinis Tina menjawab kepada Jo dan terus menarik kembali tangannya dari pegangan Jo yang merupakan ‘teman lelaki’ dia ketika ini.
“Haha! Both, I think.” Jo hanya gelak hingga membingitkan telinga Tina. Huh, dasar lelaki!
“Dah sampai. You pergilah jumpa diorang dulu, sayang. Kejap lagi I datang.” Jo memberikan arahan kepada Tina.
“Tina! akhirnya kau datang jugak kan? Tak sia-sia aku ajak kau petang tadi.” Qila orang pertama yang menegurnya ketika dia menghampiri mereka.
“Jo, plan?” Danny bertanya kepada Jo.
“Biasa. Gerak.”
Hotel Cempaka Sari. Hotel bertaraf 3 bintang yang menjadi ‘port’ biasa mereka untuk melampiaskan hawa nafsu masing-masing. Bukan hanya mereka, tetapi ramai lagi yang berbuat demikian. Seolah-olah sudah menjadi tatapan biasa bagi mereka disitu. Sesampainya di bilik 303, Tina terus merebahkan diri di atas tilam empuk bersaiz Queen itu.
“Sayang, you nak air tak?” Jo mempelawa.
“Boleh jugak. Tapi tolong jangan letak pil. I tak nak.” Sedikit tegas Tina memberi amaran.
“Nah. I tak letak apa-apa pun. You jangan risau.” Jo menghampiri dan terus memeluk Tina dari belakang.
“Eh, apa ni? I tak nak lah malam ni. I period, so tolong faham. I tak cakap pun I nak masa keluar tadi kan? I cuma setuju nak ikut korang lepak je. Kalau dah macam ni, hantar I balik sekarang. Kalau tak nak hantar, I  boleh balik sendiri. Agak-agak nak jugak ‘benda’ tu, pergi cari orang lain. Jangan cari I lagi lepas ni.” Tina menolak godaan Jo untuk ‘bersama’. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak lagi melakukan perkara terkutuk itu dan pada ketika itu juga dia memutuskan hubungannya dengan Jo. Itulah tujuannya keluar pada malam itu. Jo hanya berdiam diri melihat Tina melangkah keluar. Semenjak itu, Tina tidak pernah lagi berjumpa dengan Jo dan hubungannya dengan Qila juga semakin renggang. Bukan tidak pernah Qila bertanya mengapa namun bijak dijawab oleh Tina. Hatinya sudah tidak ingin untuk  bersama kumpulan-kumpulan yang hanya menyesatkan dirinya. Dia mahu berhijrah. Ya, berhijrah ke arah kebaikan. Dia ingin mendalami ilmu agama Islam yang selama ini diabaikan.
“Assalamualaikum, ustazah. Erm, boleh tak kalau ustazah luangkan masa sekejap untuk saya? Saya ada soalan sikit nak tanya pada ustazah.” Tutur Tina selepas tamat waktu persekolahan pada hari tersebut. Masa yang ada harus digunakan sebaiknya dan tidak boleh ditangguh lagi.
“Ya, Tina. Kamu nak tanya apa?” Balas Ustazah Kalsom dan mempelawa Tina untuk pulang bersama beliau.
“Sebenarnya, saya nak tanya pasal hijrah. Boleh tak ustazah terangkan lagi sekali apa itu hijrah? Adakah hijrah hanya bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain je? Habis tu, kalau orang yang nak berubah dari sesuatu yang jahat kepada sesuatu yang baik, adakah turut dipanggil hijrah?” Tina terus melontarkan soalan yang selama ini bermain dibenak fikirannya. Dia amat mengharapkan ustazahnya itu mampu membantu dia menyelesaikan masalahnya.
“Begitulah maksud hijrah pada amnya, Tina. Hijrah juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya termasuklah berubah dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik. Sebagai contoh, seseorang yang dahulunya liar, gemar bersuka ria tanpa mengira batasan waktu ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik dan ingin bertaubat.” Kata-kata Ustazah Kalsom memang tepat terkena batang hidung Tina.
“Tapi ustazah, adakah taubatnya akan diterima Allah? Yela, dia dah jauh terpesong dari landasan agama. Arak, disko dan seks sudah menjadi perkara biasa dalam hidup dia.” Tina terus bertanya. Dirinya berasa sangat malu ketika bertanya soalan itu kepada Ustazah Kalsom namun tidak diendahkannya demi mendapatkan jawapan yang sebenar.
“Astaghfirullahal azim. Nauzubillahi min dzalik. Sesungguhnya Allah itu sifatnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia menerima setiap taubat hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya yang dulu. Sebagai hamba, kita harus sentiasa memohon taubat kepada Allah kerana mungkin tanpa kita sedari, ada dosa yang kita lakukan pada hari tersebut. Lagi satu, walau siapa pun yang memohon taubat, hatta seorang pelacur sekalipun, jika dia benar-benar ingin bertaubat, in sha Allah, taubatnya akan diterima oleh Allah. Janganlah kita menjadi hamba yang sombong untuk memohon taubat kepada-Nya. Tina faham apa yang ustazah terangkan ni?” Ustazah Kalsom memberikan jawapan yang cukup berharga buat Tina. Tina berjanji untuk bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan kejinya itu.
“Faham, ustazah. Erm, kalau saya nak mintak tolong ustazah ajarkan saya cara-cara untuk bertaubat, boleh tak?”
“Alhamdulillah..boleh je. Macam ni lah, esok kamu datang ke rumah saya. Boleh kita cerita tentang hijrah dengan lebih dalam lagi dan saya akan ajarkan kamu cara-cara untuk buat solat sunat taubat.”
“Baiklah, ustazah. Esok pagi, dalam pukul sepuluh saya datang rumah ustazah. Terima kasih sebab sudi dengar soalan saya dan tolong hantar pulang ke rumah. Assalamualaikum.” Tina berlalu seusai meminta pamitan dari gurunya yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri.
“Waalaikumussalam.” Jawab Ustazah Kalsom sambil tersenyum penuh makna kepada Tina.
…………….........
“Mummy, ada tudung tak?” Tina bertanya kepada Datin Marina walaupun tahu jawapan yang bakal diterimanya.
“Tudung? Dah buang tabiat ke kamu ni? Mummy mana ada tudung. Huh, dah lah panas kalau pakai. Tak kuasa mummy nak beli. Kalau kamu nak jugak, pergi tanya Mak Nab.” Datin Marina hanya memandang pelik ke arah anaknya yang tiba-tiba meminta tudung kepadanya. Hatinya mula berkata sesuatu namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Di dalam bilik, Tina mencuba tudung yang baru dipinjam daripada Mak Nab, pembantu rumahnya yang telah berkhidmat selama 15 tahun di rumah mereka. Saat melihat wajahnya yang memakai tudung di hadapan cermin, air matanya jatuh tanpa disedari.
“Ya Allah, hinanya aku selama ini. Mengapa aku tidak pernah menyedari keindahan agama-Mu ini, ya Allah? Sesungguhnya aku bersyukur dengan hidayah yang Kau berikan kepadaku dan masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan dan keindahan agama Islam. Aku bermohon kepada-Mu, Kau tetapkanlah hatiku pada agama-Mu dan janganlah Kau pesongkan hatiku dari hidayah-Mu. Amiin.”
…………………
“Sayang, kenapa termenung jauh sangat ni? Ada apa-apa masalah ke? Kalau ada, ceritalah kat abang. Mana tau abang boleh tolong.” Alhamdulillah, dia telah dianugerahkan seorang suami yang amat menyayangi dan menerima dirinya seadanya. Muhammad Darwish dan Nur Qistina selamat diijab kabulkan dua tahun selepas penghijrahannya iaitu pada 1 Muharram 1432Hijriah. Walaupun mengetahui kisah silam Tina yang dahulunya seorang gadis yang liar, Darwish mengatakan dia menerima Tina pada ketika dia sudah berubah dan kisah lampaunya tidak perlu dikenang kembali.
Sesungguhnya perubahan ini membawa erti yang sangat besar buat Tina sementelah ibu bapanya turut sama berubah apabila syarikat mereka telah jatuh muflis. Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya. Qila, Jo dan Danny juga telah mendapat balasan yang setimpal apabila mereka telah ditangkap khalwat dalam keadaan yang sangat mengaibkan. Dia berharap agar mereka telah bertaubat dan berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Eh, tak ada apa-apa lah bang. Dah lah, jom masuk. Tina pun nak masak dulu ni. Abang pergi la naik mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama ye?” Dengan penuh kelembutan dan kasih, Tina melayan suaminya.
Sambutan Maal Hijrah yang memasuki tahun 1433 Hijriah disambut dengan penuh makna dan penghayatan. Dia tidak akan sesekali kembali ke kehidupan lampaunya, in sha Allah.

Assalamualaikum..hari ni dan sepanjang tiga hari yang lepas adalah hari yang paling memenatkan untuk den n akk den..hal ini kerana, kitorg diarahkan pindah oleh owner umah tgkt 22 tu..yang membengangkan hati, dia kata kena keluar sebelum 30hb November 2012..means hari ni la, Jumaat..dia gitau pulak hari Selasa, 27hb hari tu..hamboii..sukehati paru2 dia je nak buat cmtu..ingat kitorg duk umah tu memang untuk main pindah2 je ke? sebab dah sibuk sgt dgn urusan pindah ni, terpaksa la dya ponteng kelas semalam..haih..rugi2..


so..sekarang ni dah masuk umah baru..nasib baik kat umah agent ni ade kosong..kalau tak, tak tau la nak pindah mana..apa la nasib dapat owner cmtu..sabar je la..tapi tu la, sebelum ni duk umah tu dua org je dgn akk..bilik pn kitorg berdua jugak..ni dah kena kongsi dgn orang lain..sumpah tak suka sebenarnye..tapi tu la, ni je yg ade..nak cari umah baru bukan senang..nak2 plak kat area shah alam ni..sewa sume mahal2..kalau ade kereta tak pe la jugak kn..tak kisah la dapat umah jauh2 pn..tapi rasanya kalau dah ade kereta, tak duduk shah alam da..for sure kena berulang dari umah kat telok tu..hallamak, memang kejauhan la..ah, berangan je nak kereta bagai..lesen pun tak dapat lagi..hihi..kantoi dah tau..

harap2nye, everything will gonna be fine..hubungan dgn housemates baru ni pun harap berjalan lancar la..tapi tetap jugak nak cari  umah lain..hihi..pray for me!! :D

TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN..

Assalamualaikum..kawan2..jom same2 baca ni..;)
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. 
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
 
TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
 
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Perbanyakkanlah amalan kita semasa hidup agar tak menyesal di akhirat kelak..In sha Allah, kita akan peroleh keberkatan-Nya..amiin..

Assalamualaikum..actually, time dya tulis post ni, dah lebih 100 hari pn..tapi baru berkesempatan nak tulis sekarang..erm, ape ye yang 100 hari tu? sebenarnya itu bilangan hari arwah nenek dya kembali ke Rahmatullah..arwah nenek pergi pada 15 Jun 2012..

dya ingat lagi, sebelum dya balik Shah Alam, dya ade pesan kat nenek, jaga kesihatan, jaga diri n tunggu dya balik..selalunye petang Jumaat dya dah balik rumah tapi minggu tu dya takdapat nak balik sebab nak fokus tuk final exam 18hb tu..ttibe jam 10 malam umi call..umi ckp nenek dah nazak..dya terkejut sgt2!tapi takde sape yg bole amik dya n akk kat Shah Alam..air mata plak laju je mengalir..around pukul 11 cmtu, umi kol lagi..dan..sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah nenek..walaupun kitorang sgt sayangkan arwah, tapi apekan daye..mane boleh tolak ketentuan takdir..dan walaupun dya suruh arwah nenek tunggu dya balik, semua tu takkan jadi kenyataan tanpa izin Allah.. :')

sekarang ni, hanya doa dan bacaan ayat suci Al-Quran dari kami yang diharapkan dapat membantu arwah nenek kat alam sana..we miss you so much, nek..angah masih rindu nak manje2 dgn nenek..angah rindu nak rasa urutan nenek bila angah demam..nek, angah doakan nenek bahagia di sisi Allah..angah janji, angah akan belajar pandai2 macam yg nenek suruh..

i love u so much..

hye sayangss..dah lame tak jumpa kn?rindu sangat2 tau..bukan taknak jumpa,tapi masa tak bagi la..nak wat cane?eh,dah macam org bercinta je bunyik die kn..hehe..dya nak bagitau, dya dah masuk sem baru..sem 3..means tahun 2..result sem lepas boleh tahan la..Alhamdulillah takde failed..=D

sem 3 ni, kitorang belajar kat bangunan baru..best tu memang lah best tapi sejuk die menusuk kalbu meyh..tak menahan den tiap2 hari camtu..

subjek tuk sem ni tough la jugak..makin susah tu sememangnye lah kan..kalau nak senang jugak baik gy tadika je..konpom2 dapat straight A's..haha..dan macam sem yg sebelumnye, sem ni ade 7 subjek jugak..
- Pharmacology for Antiinfective and Chemotherapy
- Pharmaceutical Analysis
- Pharmacy Practices II
- Biochemistry
- Introduction to Pharmaceutical Technology
- English for General Purpose
- Malaysian Studies

sesungguhnye semua ade perkataan Pharmacy..gerun tau tak? sampai konpius chapter..nama nak dekat je..oleh itu, dya dah tanamkan azam tuk sem ni, taknak main2 dah..kire dah tahap kritikal sekarang ni..kalau main2 jugak,memang kena pancung ngan ayah kot..hihi..saya WAJIB mengUPGRADEkan pointer saya..wajib dah tu, bukan harus lagi..semoga berjaya to myself n all my friends..^__________________^

Hukum Karma

Salam..hye ols..erm, apa maksud hukum karma? Karma bermaksud "action" atau "deed"..nak senang faham, balasan atas sesuatu perkara yang pernah kita lakukan..why i'm writing about this? this is based on my own experienced..
Benda ni terjadi masa dya tengah kerja kat restoran family..ada la sorang customer ni, bagi dya sangat biadap..kenapa dya cakap camni? sebab..dengan sesuka hati perut jantung dia nak cakap pekerja kedai tu BODOH..kisahnya begini..

sedang aku sibuk menguruskan order customer yang lain, tetibe ada seseorang memanggil..
"dik, tadi ada tulis tak tomyam campur?"
"yup,ada tulis. kenapa ye?" dalam hati da berkata2 sendiri, tak sampai lagi ke tomyam dia?
"mana ye tomyamnye? takada pun.."
then, aku terus masuk ke dapur, tanya orang yang baca bil, tomyam meja orang tu dah sampai ke belum?
she said, yes, semua dah hantar..
huh? dah hantar? then how come he said tak ada? i go back to his table and looking for the dish..suddenly i saw a bowl that has tomyam inside..and i say to him, sir, here it is..
nak tau dia cakap apa? "budak yang hantar tu BODOH"
hey, kau siapa nak cakap anak orang macam tu? kenapa tak kau yang cek dulu makanan kat atas meja tu? then apa gunanya kau bawak anak kau? tell them to check first..lagi satu, kalau mulut tu tak celupar sangat, kami tak rasa marah sangat..
dan lagi satu, tell ur children to have a manner..ni tak, buang biji durian merata2..main campak je..

so, where is the karma? nak cite la ni..

lepas dia dah bayar, dia pergi kat kaunter..he kept looking at the counter like find something..at last, my sister asked him, what r u looking for, sir?
he replied, toothpick..
la hai..punya lah besar bekas toothpick atas kaunter tu, dia boleh melilau mencari..nak tergelak pun ada rasanya time tu..orang dah tunjuk banyak kali pun dia masih lagi mencari..aik, rabun dah ke?

apa yang dya dengan my sis fikir time tu, just, jangan cakap orang lain bodoh kerana anda sendiri yang akan kelihatan seperti orang bodoh pada akhirnya..

look, tak amik masa yang lama pun nak terima balasan tu..
p/s : sedar2 lah diri tu sebelum cakap orang lain..

Assalamualaikum..dah lama dya tak tulis kat sini..sebulan cuti pun tak menyempat nak online..nak2 pulak line internet kat rumah tu dah macam siput nazak je..so,sekarang dah balik rumah sewa,dapat la nak online ssuke hati..hehe..ok,hari ni nak cite pasal gula2 white rabbit yang satu masa dulu pernah diharamkan penjualannya dekat Malaysia around 2008 sebab ada kandungan melanin yang tinggi dekat plastik yang selalu kita makann sekali tu..Melanin ni amatlah berbahaya untuk manusia..

Punca dya nak tulis pasal benda ni sebab masa dya tengah dok mencari getah rambut, tetibe lah pulak ternampak plastik gula2 ni kat almari..dah terdetik dah nak makan pas buke nanti sebab memang fevret sejak kecik lagi..tapi tetibe jugak teringat pasal pengharaman gula2 ni kat Malaysia..yang menjadi persoalan sekarang ni, kalau dah diharamkan, kenapa masih ada kat pasaran? dah dibolehkan semula ke pemasaran produk ni? takde dah ke kandungan melanin yang tinggi tu? tak bahaya dah? aiyoo..banyaknye persoalan..sape nak tolong jawab ni?

Oleh kerana perasaan ragu2 yang masih sangat tinggi, kitorang amik keputusan tuk buang je gula2 tu..huhu..sedap memang sedap, tapi kang dah kalau jadi apa2, sape susah? mak bapak jugak..hehe..


tak nak beli dah..!!huu...



Hola..! ye, dya sangat suka minyak wangi ! hehee..tapi nak kata ada banyak koleksi tu takde lah..sikit je..hehe..so, hari ni dya nak kongsi sikit pasal jenis-jenis minyak wangi ni..selalunya kita main beli je kan..yang penting bau dia best dan menarik hati..hehe..cekidot!

JENIS-JENIS MINYAK WANGI~

1- PERFUME (PARFUM)
Perfume atau Parfum ( dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangi yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Memandangkan ia tahan lama, maka harganya agak mahal.

2- EAU DE PARFUM (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangi antara 10-15%. Wangian jenis ini lebih popular dan lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. EDP sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, pergelangan tangan, leher, dada, lipatan siku, belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum, bukan menyengat.

3- EAU DE  TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette adalah campuran perfume antara 3-8% dan tidak bertahan terlalu lama. EDT hanya mampu bertahan antara 3-4 jam bergantung kepada jenis kulit seseorang. Ramai juga yang menganggap EDT sama seperti Parfum atau EDP. Baunya juga tidak lah sehebat Parfum atau EDP tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menghidu haruman yang semerbak. Haruman yang perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus.

4- COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu 3% sahaja. Eau de Cologne adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentu harganya lebih murah berbanding dengan yang lain.

Hope dengan info yang sikit ni dapat tolong korang sume time nak beli perfume nanti! cheers..!~

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh di ukur dan di cerap melalui perubahan warna alam.

Dan rasanya fenomena perubahan warna alam bukan lah suatu yang asing bagi mereka yang berada dalam bidang fotografi kerana mereka sentiasa bermain dengan warna.

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi, warna niru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan denga penawar/rezeki dan komunikasi.

Bagi mereka yang kerap tertinggal atau terlewat waktu Subuhnya berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Hal ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - jaga daripada tidur.

Di sini juga kita dapat cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada ketika ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Sebagai contoh, ada ke orang yang sakit perut tapi ceria? mesti lah tak de kan..

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan bertukar kepada warna oren, yang menunjukkan masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren adalah kreativiti.

Mereka yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini seseorang itu tidur.

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Hal ini kerana, spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga dinasihatkan agar berhenti dahulu pada waktu ini untuk menunaikan solat Maghrib kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia solat Maghrib atau warna merah adalah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah kepada warna indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan berada dalam keadaan kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu. Ini bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 

Begitulah secara ringkasnya perkaitan waktu solat dengan warna alam. Kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat keatas hamba-hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya amat memerlukan-Nya. Sekian...

Assalamualaikum..i have just read this book..its a motivation novel..and its really made me realize about the meaning of true love..

cinta kepada Allah dan Rasul..mendahului segalanya daripada cinta manusia..indahnya percintaan selepas bernikah..sucinya rasa hati..getaran indah yang dirasakan tak mungkin sama apabila kita telah merasai dahulu cinta dan sentuhan sebelum bernikah..bermakna cinta tanpa ikatan yang sah..sentuhan pertama tatkala bersalaman dengan insan bergelar suami, sangat menggetarkan sanubari seorang isteri..

adakah diri ini dapat merasakan nikmat tersebut? siapalah aku untuk memperoleh lelaki yang tinggi imannya sedangkan diri ini terlalu banyak kelemahan..namun, itu tetap menjadi impian ku sebagai seorang perempuan..menginginkan seorang lelaki yang dapat membimbingku menuju ke jalan syurga..


Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah, 
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia dalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepdanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

 

tinggi harapanku agar aku dapat menjadi seorang wanita yang di damba insan bergelar suami..

TO MUCH ASSIGNMENT TO BE SUBMITTED! tapi dah setel dua assignment..lega lah jugak rasa hati ni..tinggal lagi tiga yang tengah tunggu giliran untuk disiapkan..bukan tak nak siapkan awal2 tapi takde idea nak tulis apa..hehe..tau pun stress tapi tak reti2 nak buat awal2..pape tah kan?pemalas tol..*saya lah tu orangnya.

next week is study week..harus study rajin2 ni..nanti tak lah terkejar2 sangat tuk dapat pointer tinggi time nak final nanti..baik ada back up sekarang..kan3?hehe..saya tak nak ada yang gagal walaupun saya tau subjek sem ni agak tough..ada 7 subjek..
*Pharmacology
*Alternative Medicine
*Public Health
*Pharmacy Practice 1
*Organic Chemistry
*Pharmaceutical Calculation
*Communication Skills for Medical Students

ha..!banyak kan? tujuh...waaa....pecah otak camni..(ok,tipu..)
ok la, nak gy buat assignment dulu..daa~~

"Assalamualaikum..i should not sent this to u.. i just can't forget u. i try to accept u as my friend but i can't. i'm sory coz block u at fb. unfriend ur sis. i just can't stop thinking about u. i wish i never know u if i know it will going to be like this. i know i such a fool. i wish u will be happy. i no longer can stalker u at twitter n fb..for ur blog i already forget ur url. i wish i can erase all my memories. i hate myself."

he sent me this message..at 18:57:08, 17-March-2012..and I don't know what should I reply to him..I felt so guilty with all of this..he tried to forget everything bout me..but i knew he can't..is there any other way for me to make all the things right again?  is there any chance for me to change for what had happened? can anybody please tell me? please....=(

sometimes I need someone to listen to my problems..but sometimes I just need myself to solve the problems..



Assalamualaikum..hmm..malam ni agak suram sikit dya rasa..semuanya bermula bila dia dah mula nak salah faham dengan dya..tadi, dya im dengan kawan (laki)..kawan dia jugak..bukanlah pasal apa pun ktorang im..just i'm listening to his problem..is it wrong for me to do like that? dya cuma nak jalankan tanggungjawab as a friend..tak lebih dari tu..dya masih sedar kedudukan diri dya..dya takkan nak melampaui batas..dya tau, dya tak boleh nak  puaskan hati semua orang tapi dya masih ada hak sebagai seorang kawan yang nak bantu kawan dia sendiri..dya tak kejam tuk biarkan orang tu sorang2! even dia dah cerita masalah dia kat orang lain, sometyms he needs another opinion..kan??

ok, dia sendiri pernah cakap kat dya yang kawan2 dia (especially girl) akan cerita masalah diorang kat dia sejak sekolah lagi...fine, dya faham kalau dia nak tolong setel masalah kawan2 dia..tapi dya mintak dia pun faham jugak keadaan dya..dya tak pernah terfikir untuk rasa jelez bila kawan2 dia luah masalah kat dia sebab dya tau dia memang sorang kawan yang baik..but please..do understand me too..hmm...

Bertunang..Engaged..betul ke ni satu pilihan yang tepat untuk melangkah ke fasa seterusnya? kalau ikut perancangan, insya Allah lagi dua atau tiga tahun..means after selesai diploma..harap dipanjangkan jodoh kami...tapi tak cepat sangat ke? haha..bila fikir balik, serious ke aku ni? kerja gila tak agak-agak? tapi kalau dah ready, ok je kan? yang penting, cukup serba serbi..hihi..ish, tak tau la apa yang tak kena dengan dya ni..tak kan berjangkit mood kahwin kakak sedara kot? hahaha...=p

Apa agaknya ek perbezaan cita2 dengan angan2? kadang-kadang susah nak beza maksud dua benda ni..kata orang, cita-cita bermula dengan angan-angan yang disertakan dengan usaha..tapi angan-angan je mestilah tak kemana kan? setiap orang mesti ada dua benda ni dalam hidup masing2..saya pun begitu juga lah..hehe..meyh kita tengok apa cita-cita dya..hehe..

1) dulu masa kecik2 bila cikgu tanya nak jadi apa bila dah besar, dya salu jawab nak jadi polis sebab dya suka tengok cite gerak khas..(terpengaruh) bila dah besar sikit, nak jadi peguam sebab dya nak bela orang yang tak bersalah..ha,yang ni memang menjadi cita-cita dya sampai form5..tapi bila dah habis form5, ayah suh tukar cita-cita..jadi Pharmacist..so, itulah cita-cita dya sekarang and I'll do my best to achieve my ambition..=)

2) ok, yang ni lawak..memang mungkin jadi angan-angan je kot..dya nak kawin dengan putera raja..pakai gaun lawa-lawa..ala,yang kembang2 tu..macam Cinderella la konon..memang pengaruh tv betul..hehe..

3) dya nak bilik yang sangat luas, cantik n warna pink..oh, ilove pink so much..hehe..

4) dya nak kereta2 mewah tu..berderet kat luar rumah..hehe..

5) cita-cita dya nak dapat anugerah dekan..tapi dapat ke? entah lah, tu la namanya kena usaha..jangan hangat2 taik ayam je..hee..=D

6) nak melancong ke luar negara..ok,dya bukanlah orang senang yang boleh pegy tempat2 pelancongan yang mewah tu..so, dapat berangan je lah...huhu..mungkin akan jadi kenyataan satu hari nanti..insya Allah...

7) yang paling penting, dya nak bagi umi n ayah duit bila dah besar nanti..=)

hmm..dya tak tau lah ni banyak angan2 atau cita2..tapi harap semuanya akan jadi kenyataan lah..huhu...cane plak dengan korang? ingat, jadikan mimpi dan angan-angan sebagai satu kenyataan..insya Allah, dengan doa, usaha dan tawakkal kepada Allah, semua yang kita impikan akan jadi kenyataan..cheers! ^_______^

Salam u ols..senyuman yang indah datang dari hati yang ikhlas..ikhlas memberi senyuman kepada orang lain akan membuatkan hari-hari kita penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan sebab secara tak langsung kita buat orang gembira dengan senyuman kita..tapi macam mana dengan orang yang memberi senyuman yang ikhlas tapi hati dia tak rasa gembira..dia sentiasa cuba untuk memberikan senyuman yang paling ikhlas kepada orang di sekeliling tapi hati dia tetap rasa sedih..apa yang kurang ye? hmm..

Senyum itu sedekah..tapi kalau kita senyum tak ikhlas,adakah senyum kita dianggap sebagai sedekah?

Nabi Muhammad SAW telah bersabda, " Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

si kecik ni pun pandai nak senyum tau! huhu..

untitled

Ya Allah, pedihnya hati ni..kalau betul apa yang dya fikir, hati ni betul-betul terluka..tapi dya takde hak nak ada perasaan tu..dya harap semuanya tak macam apa yang dya fikir..

Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hamba Mu yang lemah ini..Kau berikanlah aku ketabahan agar aku dapat menempuh segala dugaan dan ujian yang Kau beri kepadaku..amiin..

Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan kenyataan tu..hmm..(.")

hoyeaahh...percutian ini sememangnya sangat membosankan..kalau percutian tu kat paris ke, london ke..tak lah dya nak cakap bosan..ni kat umah je..sape yang tak bosan..nak kerja kat luar, sah2 ayah tak bagi..nak baca novel, semua dah di baca..belum ada novel baru..berganda2 bosannya..tu sebab lah nak beli novel lagi..tapi....duit ketiadaan...huhu..sedihnye saya..ayah, umi..nak duit...

dalam kepala otak ni, ada banyak novel yang nak dibeli..espeacially novel2 Ramlee Awang Murshid..banyak kot novel baru dia..nak sangat! hari ahad ni adik ajak pegi Jusco..dia nak cari apa tah..tapi yang pasti, mesti dia nak tuntut hadiah PMR dia tu..adoyy..wa takde duit dah beb..next taim je lah aku belanja kau..hahaha..padahal janji nak bagi masa cuti sem..

oh Fiksyen 302..Sutera Bidadari..come to mamaaa...=D


Hari Graduasi kita..
                                       


Gembira bila kita menang kelas tercantik..huhu..hasil keje keras masing2 kan..

awek cun 5 Naim..dr kiri, nad, zaty, mira..rindu korang..=)


7 orang hero kelas..poyo je lebih! haha..

group chemistry, biology n physics..huhu..kita menang ke tak ek?

Kenangan paling best dengan korang walaupun tak semua join..



wahh!! aku rindu korang sangat2 lahh..bila la kita bole gathering lagi ek..masing2 dah ada hala tuju..jauh2 plak tu korang pegi..aku jugak yang kat shah alam tu je..huhu..anyway, aku doakan semua kawan2 aku terus berusaha untuk berjaya..jangan berhenti setakat diploma..kalau boleh, sambung terus sampai master..jumpa korang bila masing2 dah ada anak nanti..haha..doakan  aku jugak supaya aku dapat teruskan dalam bidang farmasi ni..kalau sakit, tak yah lah jauh2 gy farmasi orang lain..pegi farmasi aku je..hehe..^^

Lots of Love..faradila...   


Newer Posts Older Posts Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...