CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

Apa agaknya ek perbezaan cita2 dengan angan2? kadang-kadang susah nak beza maksud dua benda ni..kata orang, cita-cita bermula dengan angan-angan yang disertakan dengan usaha..tapi angan-angan je mestilah tak kemana kan? setiap orang mesti ada dua benda ni dalam hidup masing2..saya pun begitu juga lah..hehe..meyh kita tengok apa cita-cita dya..hehe..

1) dulu masa kecik2 bila cikgu tanya nak jadi apa bila dah besar, dya salu jawab nak jadi polis sebab dya suka tengok cite gerak khas..(terpengaruh) bila dah besar sikit, nak jadi peguam sebab dya nak bela orang yang tak bersalah..ha,yang ni memang menjadi cita-cita dya sampai form5..tapi bila dah habis form5, ayah suh tukar cita-cita..jadi Pharmacist..so, itulah cita-cita dya sekarang and I'll do my best to achieve my ambition..=)

2) ok, yang ni lawak..memang mungkin jadi angan-angan je kot..dya nak kawin dengan putera raja..pakai gaun lawa-lawa..ala,yang kembang2 tu..macam Cinderella la konon..memang pengaruh tv betul..hehe..

3) dya nak bilik yang sangat luas, cantik n warna pink..oh, ilove pink so much..hehe..

4) dya nak kereta2 mewah tu..berderet kat luar rumah..hehe..

5) cita-cita dya nak dapat anugerah dekan..tapi dapat ke? entah lah, tu la namanya kena usaha..jangan hangat2 taik ayam je..hee..=D

6) nak melancong ke luar negara..ok,dya bukanlah orang senang yang boleh pegy tempat2 pelancongan yang mewah tu..so, dapat berangan je lah...huhu..mungkin akan jadi kenyataan satu hari nanti..insya Allah...

7) yang paling penting, dya nak bagi umi n ayah duit bila dah besar nanti..=)

hmm..dya tak tau lah ni banyak angan2 atau cita2..tapi harap semuanya akan jadi kenyataan lah..huhu...cane plak dengan korang? ingat, jadikan mimpi dan angan-angan sebagai satu kenyataan..insya Allah, dengan doa, usaha dan tawakkal kepada Allah, semua yang kita impikan akan jadi kenyataan..cheers! ^_______^

Salam u ols..senyuman yang indah datang dari hati yang ikhlas..ikhlas memberi senyuman kepada orang lain akan membuatkan hari-hari kita penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan sebab secara tak langsung kita buat orang gembira dengan senyuman kita..tapi macam mana dengan orang yang memberi senyuman yang ikhlas tapi hati dia tak rasa gembira..dia sentiasa cuba untuk memberikan senyuman yang paling ikhlas kepada orang di sekeliling tapi hati dia tetap rasa sedih..apa yang kurang ye? hmm..

Senyum itu sedekah..tapi kalau kita senyum tak ikhlas,adakah senyum kita dianggap sebagai sedekah?

Nabi Muhammad SAW telah bersabda, " Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

si kecik ni pun pandai nak senyum tau! huhu..

untitled

Ya Allah, pedihnya hati ni..kalau betul apa yang dya fikir, hati ni betul-betul terluka..tapi dya takde hak nak ada perasaan tu..dya harap semuanya tak macam apa yang dya fikir..

Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hamba Mu yang lemah ini..Kau berikanlah aku ketabahan agar aku dapat menempuh segala dugaan dan ujian yang Kau beri kepadaku..amiin..

Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan kenyataan tu..hmm..(.")

hoyeaahh...percutian ini sememangnya sangat membosankan..kalau percutian tu kat paris ke, london ke..tak lah dya nak cakap bosan..ni kat umah je..sape yang tak bosan..nak kerja kat luar, sah2 ayah tak bagi..nak baca novel, semua dah di baca..belum ada novel baru..berganda2 bosannya..tu sebab lah nak beli novel lagi..tapi....duit ketiadaan...huhu..sedihnye saya..ayah, umi..nak duit...

dalam kepala otak ni, ada banyak novel yang nak dibeli..espeacially novel2 Ramlee Awang Murshid..banyak kot novel baru dia..nak sangat! hari ahad ni adik ajak pegi Jusco..dia nak cari apa tah..tapi yang pasti, mesti dia nak tuntut hadiah PMR dia tu..adoyy..wa takde duit dah beb..next taim je lah aku belanja kau..hahaha..padahal janji nak bagi masa cuti sem..

oh Fiksyen 302..Sutera Bidadari..come to mamaaa...=D


Hari Graduasi kita..
                                       


Gembira bila kita menang kelas tercantik..huhu..hasil keje keras masing2 kan..

awek cun 5 Naim..dr kiri, nad, zaty, mira..rindu korang..=)


7 orang hero kelas..poyo je lebih! haha..

group chemistry, biology n physics..huhu..kita menang ke tak ek?

Kenangan paling best dengan korang walaupun tak semua join..



wahh!! aku rindu korang sangat2 lahh..bila la kita bole gathering lagi ek..masing2 dah ada hala tuju..jauh2 plak tu korang pegi..aku jugak yang kat shah alam tu je..huhu..anyway, aku doakan semua kawan2 aku terus berusaha untuk berjaya..jangan berhenti setakat diploma..kalau boleh, sambung terus sampai master..jumpa korang bila masing2 dah ada anak nanti..haha..doakan  aku jugak supaya aku dapat teruskan dalam bidang farmasi ni..kalau sakit, tak yah lah jauh2 gy farmasi orang lain..pegi farmasi aku je..hehe..^^

Lots of Love..faradila...   


huwaaaaa!!!!!!!!!! nak dslr..nak jugak, nak jugak, nak jugak! nape orang lain boleh dapat tapi saya tak dapat?? ala...nak nangis cmni...ayah..please get me one!! i promise i will do my best in my study..if just u buy me the dslr..hehe..teroknye saya jadi anak..tapi siyes, keinginan terhadap dslr sangat lah tinggi..harap nak beli masa dah keje, memang kempunan lah saya kan..huh, jeleznye!!!!

*sekarang ni cuma mampu amik gambar guna kamera biasa je..='(

Salam manis santun bicara,
Kisah 5 Naim yang sentiasa ceria,
18 puteri bersama 7 putera,
Nak ajak korang kongsi bersama.

Dia lah raja, dia juga permaisuri,
Sentiasa cantik and happy go lucky,
Pn. Che Azwira nama terpatri,
Tak pernah jemu layan kerenah kami.

Loyar buruk sepanjang masa,
Kalau senyap semua tertanya-tanya,
Songkok tinggi itulah ‘YB’ kita,
Kapten kami, Syahir gerangannya.

Kapten hilang, dia yang ganti,
Tak pernah marah, always happy,
Kalau bersin buat orang geli hati,
Siapa tak kenal Nurul I’zzati Roshlei.

Ceti kelas jawatan disandang,
Kak Jah pula panggilan sayang,
Zahra Anis orangnya penyayang,
Kejap datang, kejap tak datang.

Orangnya molek idaman lelaki,
Tinggi lampai sukar dicari,
Prinsip hidup merendah diri,
Itulah dia cik Azmirawati.

Bila bercakap berapi-api,
Nampak pemalu tapi berani,
Namanya Murni, indah nan suci,
Bab forum dan pidato,petik je jari.

Nama di IC Nur Syahadah,
Orangnya kecil bukan sebarang,
Bestnya dia duduk di tengah,
Bila exam, resultnya gila kentang!

Orangnya tinggi tak suka di perli,
Rantau Panjang tempat tinggalnya,
Kalau bercakap, petah sekali,
Itulah dia Nisya namanya.

Si baju hijau di kelas kami,
Orangnya bijak merendah diri,
Dalam kelas dia lah yang top three,
Ummi Huwaina empunya diri.

Kalau bab melukis dia yang dicari,
Super Junior pulak sentiasa di hati,
Nadia Farhana pengawas disegani,
Bila dia marah, nak tegur pun tak berani!

Suka melaram itulah sifatnya,
Digelar ‘minah bajet’ oleh rakan-rakannya,
Menghargai kawan itulah kebaikannya,
Nurul Fatiha yang cute sentiasa.

Rempit sejati gelaran diberi,
Motosikal merah sangat digeruni,
Tinggi lampai cerah berseri,
Muhammad Sofiullah nama diberi.

Dalam kelas suka perasan,
Itulah dia Wafi Azam namanya,
Sekali pandang macam nak pengsan,
Muka handsome,wah kacaknya!!!

Pakai tudung setiap hari,
Tudung dibeli di Hari-Hari
Jika berbicara pitchingnya tinggi,
Itulah Shakireen anak Rajali.

Ingat pisang, ingatlah dia,
Kalau tak percaya tengoklah motornya,
Bila bercakap kalah PM kita,
Em, memang boleh agak, Shahiril orangnya.

Comel sekali rendah orangnya,
Muka yang kacak jiwa tergoda,
Artis terkemuka Justin Bieber Kg. Jawa,
Itulah Izham empunya nama.

Kecil-kecil cili padi,
Siapa tak tau Zakwan berani,
Dihendap orang dia pun lari,
Itulah sahabat kami, gelagat mencuit hati.

Moodnya ok, manislah muka,
Kalau kaki sakit, ehm..masam gila,
Berkaca mata, kecil je orangnya,
Farah Adilah itulah namanya.

Subjek ADDMATH kegemaran dihati,
Bila exam, tak pernah puas hati,
Mulalah dia mencari teori,
Musab Umair tersedar sendiri.

Bertugas sebagai seorang pengawas,
Kalau bertugas, kawan pun dia tak sedar,
Kadang-kadang cool, kadang-kadang ganas,
Jaga-jaga dengan Umairah Misdar.

Soalan diaju semangat berdiri,
Menjawab dengan penuh bestari,
Annisa Nasution nama diberi,
Gelak dan tawa sebagai penyeri.

Berkaca mata diam sahaja,
Aida pula gelaran diberi,
Keluarkan idea bernas belaka,
Rupa-rupanya,diam-diam ubi berisi.

Kelas riuh,dia pulak diam je,
Kuntuman bunga menjadi gelaran,
Orangnya simple, sangatlah biasa,
Siapa lagi kalau bukan Ros Ashikin Roslan.

Nur Saidah nama diberi,
Berbadan kecil agak berisi,
Di dalam kelas berdiam diri,
Adakah dia menidurkan diri?

Di belakang kelas tempat duduknya,
Suka meletakkan kepala di atas meja,
Perilakunya membuat orang tertanya-tanya,
Itulah Munawwarah gerangan orangnya.

Anak gadis bersimpuh sopan,
Mukanya comel memikat hati,
Bibirnya tak lekang dari senyuman,
Itulah Nabihah empunya diri.

Habis sudah cerita kami,
Janganlah terasa atau terluka hati,
Sekadar hiburan dan gurauan sesekali,
Jadikan memori yang terpahat di hati.


Bahan - bahan :

8 keping roti - carikkan menjadi kepingan kecil
1 1/2 tin susu cair
4 sb gula
2 sk esen vanila
4 biji telur
4 sb butter
Coklat chips

untuk sos :

1 tin susu cair
2 sb tepung kastard
2 sb gula

Cara - cara :

1) Masukkan telur, gula, butter dan esen vanila kemudian kacau hingga sekata. Kemudian masukkan susu cair dan kacau hingga rata.
2) Tuangkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang.
3) Taburkan coklat chips (kuantiti ikut selera masing-masing..)
4) Kukuskan selama 25-30 minit dengan api yang sederhana.
5) Biarkan dahulu puding sejuk di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Sos kastard :

1) Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas dan gunakan teknik double boiling (untuk elakkan daripada sos menjadi hangit)
2) Kacau sehingga agak pekat kemudian boleh lah dihidangkan bersama puding roti.

Selamat mencuba..!! ^^

Hye..!! hari ni dya nak update pasal telur padi..haa...taktau kan? memang ramai yang taktau telur padi ni apa..tapi kalau tau tu bagus la..hehe..actually, dya tau sal telur ni pun daripada housemate..dia yang masak so try la cari kat area rumah dya..tetiba pulak jumpa..tu terus beli sebab nak try masak..so kiranya ni first trial la..hehe..ok, ni resepi dia..

Bahan-bahan :-

4 biji telur padi (direbus)
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
7 biji cili padi - dihiris
Halia (1 inci) - dihiris
Ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis
Kicap
Garam dan perisa secukup rasa

Cara memasak :-

1) Rebus telur padi sehingga masak. Kupas kulit telur dan di potong dua.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili, halia dan ikan bilis sehingga garing. Kemudian masukkan kicap dan tambahkan sedikit air.
3) Masukkan jus perahan limau kasturi tadi.
4) Letakkan garam dan perisa secukup rasa. (jangan banyak2 sebab dah ada kicap..)

5) Akhir sekali, tuangkan tumisan tadi ke atas telur padi. Siap untuk dihidang.. =)

tak cantik la..huhu..
warna telur tu memang hitam tau! tapi siyes sedap.. Selamat mencuba..! ^^

Salam sayang tuk semua..hehe..hari ni dya nak cakap sal ngilu..dya sebetulnya tak lah tau banyak mana jenis ngilu yang ada kat dunia ni..dya cuma tau dua je..nak tau ke?okay, ni dua jenis ngilu..

1) ngilu bila besi bergesel..bergesel dengan semua benda..kat lantai, batu n mana2 je lah..time tu meremang2 bulu2 roma ni..bulu ketiak dengan bulu hidung pun terikut2 menari zapin sekali..kalau ada orang lain yang buat, memang rasa macam nak bagi penampo free kat dia..lagi pulak bila kita dah suruh berhrnti, lagi galak dia kenakan kita..ish, memang cam sakai..dya dapat rasa perasaannya sebab dya tergolong jugak dengan jenis ngilu yang ni..

2) ha, yang ni lawak..ngilu bila nampak orang gosok gigi..hahahaha...first time pulak dengar ada orang ngilu camni..tapi bukan orang lain pun..akak dya sendiri..dia ni memang takboleh nampak orang gosok gigi..kalau ada kat tv, mula lah dia meremang..haha..suka gelakkan dia..pernah kitorang tanya, habis cane kalau dia yang gosok gigi,tak ngilu ke? dia kata, tak..tapi tu kalau tak tengok cermin..means kalau tengok cermin, ngilu jugak lah..haha..ciannya dia..

3) eh, ada yang ketiga..hehe..ngilu bila gigi bergesel..ni terjadi bila orang yang tengah tido tu, gigi dia bergesel..urgh, time tu rasa nak tutup mulut dia bagi jangan bergesel lagi..sakit kot rasa..

okay, tu je lah yang dapat disenaraikan..hehe..tapi ada jugak orang yang takde rasa ngilu ni..maksudnya yang disenaraikan kat atas ni la..hehe..k, daa...^^

Hari tu, dya ada tulis dekat fb apa yang dimaksudkan dengan LOVE..dya tanya camtu sebab masa tu dya tak yakin dengan maksud I LOVE YOU yang senang sangat sesorang tu ucapkan..faham ke tak maksud LOVE tu  semua apa? bagi dya lah kan, kalau tak faham lebih baik tak payah cakap..dya tau post ni cam agak jiwang tapi semua orang akan ada perasaan ni satu hati nanti..bezanya cuma cepat dengan lambat..


Dya dapat jawapan dari kawan baik dya..nama dya Hafizuddin @ Din..ni jawapan dia.. " Love must come with feelings and determination..mcm cinta kita kepada Allah..adakah dengan perkataan mampu kita buktikan cinta kita..?? tak kan..so..kita kena tambah hati yang ikhlas dan tunjuk dengan perbuatan seperti zikir dan solat..sama jugak cinta manusia..percakapan dari mulut sahaja tidak cukup untuk buktikan cinta kita..jadi kita kena datangkan hati kita dan lakukan sesuatu yang boleh membuktikan apa yang dilafazkan itu benar.. :) " 

So, betul lah apa yang dia cakap tu..komen yang selalu orang bagi bila bercakap sal cinta, cinta tu perkara yang subjektif..susah nak diluahkan dengan kata-kata..cinta tu macam angin..kita tak nampak tapi dapat rasa kehadiran dia..

Love is like an eternal flame,
Once it is lit, it will continue to burn for all time.

Telling someone you love them comes from the heart
The place that made you love them from the start.
True love never leaves the heart, so if you dont love me now, you didnt love me then.

B.O.S.A.N

OK, SAYA BOSAN.. tau, dah pagi tapi mata taknak lelap pulak..nak baca blog orang, dah bosan..nak ber'fb' bosan lah memang..tak dapat dinafikan dah..makan? dah makan dah tadi..Alhamdulillah, kenyang..hehe..ni la nasib bila cuti sem bermula..detik2 kebosanan telah pun melanda..taktau nak buat apa kat rumah sorang2 nanti..tapi dah cakap dengan umi, nak keje dengan umi..jadi assistant umi je..tolong taip2 surat ke, apa2 je lah kan..umi cam ok je..sehari 15hengget..ok la kn? melampau tak? hehe..tapi...sebelum dya tawarkan diri nak keje dengan umi tu, dya dah cakap dulu nak keje at kedai kitorang tu je tapi cam malas lah pulak..lagi bosan keje at kedai..dan takmungkin ayah akan suh dya keje sebab time akak cuti sem hari tu takde pulak ayah suh akak keje..sangat melampau kalau tetibe den pulak yang kene keje..oh tidakk..saya takkan biarkan perkara tu berlaku..no way!! saya taknak..hehe..kalau keje dengan umi, at least ada aircond..at kedai takde..pastu, kalau tak cukup guru, dya boleh jadi guru ganti..hehe...dunno lah which one..but i hope that i can do smethg..yeah..really need it..ok, time to sleep..*i will try..=.= daa....gudnyte..salam~~

Hye3..!!! dya tau dah lambat nak update sal tahun baru ni..haha..tapi, ada wa kesah?? asalkan masih 1 Januari 2012..hehe..okay lah, bila masuk tahun baru je, semua orangmesti cakap pasal azam..azam tahun baru so memang masa awal-awal ni je lah ada azam..betul kan?hehe..so, masing-masing ada azam baru tak? dya ada kot azam baru..dya harap tahun ni dya dapat lah tunaikan azam dya tu..nak tau ke? taknak gitau lah..malu saya..hehe..tapi pape pun, harap2 takde lah hangat2 taik ayam je kan..takmao2..tak elok camtu..hehe..
so.......HAPPY NEW YEAR!!! jangan nakal2 ea..to all my frens, gudluck for ur study..buat yang terbaik untuk kejayaan korang..jangan main-main okay..daa...Assalamualaikum..^^

Newer Posts Older Posts Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...