CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget



Hola..! ye, dya sangat suka minyak wangi ! hehee..tapi nak kata ada banyak koleksi tu takde lah..sikit je..hehe..so, hari ni dya nak kongsi sikit pasal jenis-jenis minyak wangi ni..selalunya kita main beli je kan..yang penting bau dia best dan menarik hati..hehe..cekidot!

JENIS-JENIS MINYAK WANGI~

1- PERFUME (PARFUM)
Perfume atau Parfum ( dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangi yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Memandangkan ia tahan lama, maka harganya agak mahal.

2- EAU DE PARFUM (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangi antara 10-15%. Wangian jenis ini lebih popular dan lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. EDP sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, pergelangan tangan, leher, dada, lipatan siku, belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum, bukan menyengat.

3- EAU DE  TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette adalah campuran perfume antara 3-8% dan tidak bertahan terlalu lama. EDT hanya mampu bertahan antara 3-4 jam bergantung kepada jenis kulit seseorang. Ramai juga yang menganggap EDT sama seperti Parfum atau EDP. Baunya juga tidak lah sehebat Parfum atau EDP tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menghidu haruman yang semerbak. Haruman yang perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus.

4- COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu 3% sahaja. Eau de Cologne adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentu harganya lebih murah berbanding dengan yang lain.

Hope dengan info yang sikit ni dapat tolong korang sume time nak beli perfume nanti! cheers..!~

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh di ukur dan di cerap melalui perubahan warna alam.

Dan rasanya fenomena perubahan warna alam bukan lah suatu yang asing bagi mereka yang berada dalam bidang fotografi kerana mereka sentiasa bermain dengan warna.

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi, warna niru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan denga penawar/rezeki dan komunikasi.

Bagi mereka yang kerap tertinggal atau terlewat waktu Subuhnya berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Hal ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - jaga daripada tidur.

Di sini juga kita dapat cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada ketika ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Sebagai contoh, ada ke orang yang sakit perut tapi ceria? mesti lah tak de kan..

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan bertukar kepada warna oren, yang menunjukkan masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren adalah kreativiti.

Mereka yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini seseorang itu tidur.

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Hal ini kerana, spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga dinasihatkan agar berhenti dahulu pada waktu ini untuk menunaikan solat Maghrib kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia solat Maghrib atau warna merah adalah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah kepada warna indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan berada dalam keadaan kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu. Ini bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 

Begitulah secara ringkasnya perkaitan waktu solat dengan warna alam. Kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat keatas hamba-hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya amat memerlukan-Nya. Sekian...

Newer Posts Older Posts Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...