CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
There was an error in this gadget

salam..ok, memang dah berzaman aku biar blog ni bersawang..bosan tak bagi alasan sibuk memanjang?haha..that's the reality that i can't deny..huhu..so, sekarang nak update pasal dinner hari tu..yg bertarikh 10 Jun 2013..ha..dah lame kan? yang penting masih dalam bulan Jun..ngeh3..dinner tu bertujuan untuk meraikan para senior yg akan graduate nanti..nak kata gempak malam tu, boleh tahan la..lecturer semua sporting gile kottt...nasiblah dapat lecturer ramai foreigner especially from India, maka pada malam itu, jd majlis tari menari juga lah bagi mereka..haha..gamat habis! oh, lupa nak gitau tempatnya kat mana..kitorang buat dinner ni kat Shah Alam Convention Center (SACC) je..bkn SACC Mall ea..makanan yg diorang hidang pun best la..sedap..nasi die terbaik..tapi aku taktau tu nasi ape..nak kata nasi putih, macam lain..entoh lerr..pastu ade seafood lasagna..yg ni memang terbaik..dah la memang feberet aku..heheheh..menu lain, mashed potato tapi aku tak rasa lah pulak..haih, rasa cam rugi pn ade..huhu..the, lauk kambing tpi aku taktau die masak ape..lupa nak tengok dalam menu book..pastu ade lauk ayam, mcm masak kicap pun ade..haha..then sayur campur (mungkin)..

malam tu memang ade banyak sgt persembahan..mostly dancing..haih, i don't know why they really love dancing..dah takde benda lain ke nak buat? memang la tujuan die nak menunjukkan budaya yg ada dalam Malaysia ni..tapi memang tu je ke yg ade? hmm..aktiviti lain, singing, modelling between students n lecturers, lucky draw..hoyeahh..mengapakah sy tidak pernah menjadi salah seorang yg bertuah untuk lucky draw tu..nombor nak dekat kena dah,sekali orang lain yg dapat..lahai..dah namanye pn lucky draw kn?haha..

emm..dah nama pun dinner, maka masing2 duk melaram la kan? masa ni lah nak tunjuk kecantikkan dan ke'vogeu'kan baju masing2..haha..termasuk aku ke?tak kot..my dress is the most simplest among others..hahaha..dah panjang aku membebel, now it's the time for pictures!!!!heeee

tengok..simple mimple kan..??huhu..

my bestie..farah syamila..cantik kan die?

fatihah n sab..

ade org kt muke kami sama..sama tak??hihi..die la madam zainun..lect plg keibuan..hehe

ni pulak kami bestie bertiga dgn madam Fazrin..lect plg comel n sporting..^_^

ni abang sy..eh,sejak bila aku ade abg?haha..ni abg kat MSU..

gila kamera..haha

with my cute mentor..mr Anton Rakhman...

with cute mommy, Saranya!!! anak die comel wooo

Madam Rasha..my Arab lecturer..

masing2 konon nak berpurdah..in sha Allah one day will be..hehe

my eye make up by kak aisha..love it so much..hihi

ok,nampak tak capital letter word OWN tu? hati memang sedang merasakan kemarahan, kebengangan, kesedihan,kekecewaan dan segala jenis 'ke' la..mana taknye, kiri kanan depan belakang atas bawah, pandangan mata ni dipenuhi dengan kebanjiran warganegara asing yang tak tahu la kehadiran mereka ni dengan izin atau tanpa izin..bukan lah niat di hati nak jadi racist tapi bila dah banjir dengan muka2 diorang je, diri ni pun naik takut nak berjalan sendiri..kadang2 nak pergi kelas tu pun, bila terserempak dengan manusia2 tu, sebolehnya nak mengelak jauh2..am i a racist? sorry to say, aku memang tak suka dengan diorang ni sume..tapi apakan daya. sape lah aku untuk menidakkan kehadiran mereka kat sini?

one more thing, whenever i wanna go anywhere with bus, but then it has been fully with those people. really2 feel unsecured at that time. just imagine, dalam bas tu cuma ada 3 orang je warganegara Malaysia (including me)..sorang driver bas n sorang lagi achi india baru balik keje (i guess so)..sepadat2 bas tu cuma 3 orang je? gila tak gila la..tapi nasib baik jugak driver bas tu suruh manusia2 tu pergi belakang..means that, tak de lah aku kena berhimpit dengan diorang sangat kan?

seriously, i don't feel that i'm in my country..macam mana nak rasa benda tu kalau dalam negara sendiri pun takut nak bergerak? setiap pelosok muka diorang je yang nampak?

tapi..mungkin kehadiran diorang ke sini untuk cari rezeki..again, siapa aku untuk mengelak dari semua ni? rezeki Allah tu luas..kat mana2 pun ada..jadi mungkin rezeki mereka kat Malaysia..ayat ni bukan bermaksud aku amat mengalu-alukan kedatangan diorang, tak sama sekali tapi at the same time, kita haruslah berpijak pada bumi yang nyata..bumi Allah untuk semua hamba2-Nya..

Pasrah.

Sekian.

salam..!! wahhh...da 2013 la..ok,sumpah lambat..orang da siap sambut raya cina aku baru nak kata da 2013?tak betol namanye..ah,ada ku kesa?hehe..tapi nak buat cemane,kesibukan melanda..*padahal cuti..ngee..pagi petang siang dan malam sampai la keesokan paginye balik,rutin harian aku langsung tak berubah..sidai kain,kemas rumah,masak,tengok tv dan tidur..kuang3..bz sangat kau..tapikan, dalam tempoh cuti ni la aku berpeluang masak puas2..walaupun kadang2 tu malas,tapi bila nampak resepi baru, terus semangat tu datang  balik..cehh..gitu kan..haha..sampai kena perli dengan adik, "kak la ni kenapa asyik nak masak je?" hoh,sedap sungguh ayat dia..kang aku tak masak,kau jugak yang lapar..nasib baik ada kakak yang baik hati cam aku ni yang rajin masak..hehe..*puji melangit!

13 Februari hari tu aku baru daftar balik untuk masuk sem 4..result sem 3 agak mengecewakan..mungkin itu balasan untuk  manusia yang malas belajar cam aku..*mohon jgn ikut. cam biasa la,setiap sem mesti lah subjek2 makin susah kan? dan setiap kali aku kata masuk sem, mesti aku akan sertakan sekali subjek2 yang aku amik..so,untuk sem ni,ade 6 subjek yang bagi aku SUPER TOUGH..walaupun 6, tapi menggerunkan..mari sama2 kita listkan subjek2 sem4..

1- Pharmacognosy (natural drugs)
2- Pharmacology of CVS & Respiratory System
3- Pharmacology of GIT, Renal & Endocrine
4- Pharmacology of Nervous System
5- Pharmacy Practice 3
6- Islamic Studies

mohon agar didoakan diri ini berupaya menempuh segala onak duri dan ranjau dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang..amiin...sekianlah dahulu ye..daa....=D






salam alaik..ok, this will be the last post for this year..yeah, only 2 hours left to be the end of 2012 then 2013 will come..dalam tempoh sepanjang setahun ni, dah banyak benda yang terjadi..suka, duka, gembira, sedih..tapi Ahamdulillah, semuanya dapat dilalui dengan tenang..antara kisah2 yang terjadi sepanjang 2012 ni dapatlah dirumuskan seperti dibawah..*eceh, nak ayat karangan je..hehe

suka dan gembira : dapat anak buah baru..nama dia Muhammad Faiq Zaqwan bin Yazid..tomey sangat2..bulat gile pipi dia..rasa macam nak gigit2 je..
happy family with cute baby faiq..

2- dapat abang ipar baru..yang ni diorang baru je kawin hari tu..

happily ever after my dear kekka..;) *bilo turn den nak sampai..berangan..haha

3- pergi Cameron Highlands dengan kawan2 kelas tuk aktiviti Communication Skills..best sangat2..untung time kitorang datang tu, ade majlis kawin..so, dapatlah jugak kenal budaya orang asli kat sana n main dengan budak2 kat sana..paling best dapat main galah panjang..haha..asyik kalah je..ok, dah lama tak main kan..dats y kalah..*ayat cover* dan paling best jugak, budak2 tu bawak kitorang naik bukit untuk tengok sungai yang bertingkat2 tu..memang mencabar kesabaran betol..naik senang, turun susah..tapi..tetap best.. 
my very sweethoneysugarcane friends..hehe..

4- hang out dengan OC!!!!yang ni paling indah dalam kenangan aku..miss them so much..wish to meet them again next year..^_______^
comel kan diorang? happy go lucky + hyperactive sumenye..
kalau nak diikutkan, banyak lagi kenangan2 manis tapi den tak mampu nak ingat sume..teruk betol..salu kenangan manis la yang paling diingat..hoho..

sedih dan duka : kehilangan nenek yang paling disayangi..15/6/2012..yang paling membuatkan air mata aku habis kering..kisah ni aku dah pernah cite dekat entry ni..(boleh bukak..jgn segan..) sedangkan sampai sekarang pun kalau aku tengah sakit, mesti aku akan ingat nenek n automatically my tears will run heavily..

2- pointer naik sikit je..haha..eh, kata sedih, ni bole plak gelak..huhu..tah, tapi memang sedih pun..tapi sekurang2nye takde la sampai failed..sume lulus dengan jayanya..so, pointer sem ni la kena naik..dah ade orang janji nak bagi hadiah kalau pointer naik..hehe..

tahun 2012 jugak membuktikan yg aku banyak shopping..sume benda aku nak beli..baju, beg, kasut, tudung..wahh..so heaven..haha..tak padan dengan nama student tu..

so sekarang ni tengah final exam..so far so good kot sume paper..hoho..but have another two papers to go..tapi boleh sibuk mengupdate blog lagi kn..takpe, korban masa jap..hehe..
2013 akan membuatkan umur saya meningkat..ye, meningkat..19 ke 20..tapi waina kata, jgn nak perasan sangat..sebulan pun tak sampai lagi den masuk 19..haha..takpo lah, means masih mude, kecik dan comel..ahakkzz..!!haha..
 well, nak masuk tahun baru mesti sume orang ada azam baru..azam tahun ni pun rasanya ada lagi kot yang tak tercapai..so, kita forwardkan je la ke tahun depan..hehe..sakai je kn..tak patut betol..azam 2013 yang paling utama adalah aku nak jadi yang lebih baik dari sekarang..rasa macam sekarang ni aku dah terlalu jahat..huhuhu..*sedih..* next, nak istiqamah kumpul duit..taknak boros dah..," (tolong percaya)..seterusnya...nak habiskan sem 4 dengan jayanya pastu sem 5 pegi praktikal n buat sehabis baik..oh, lupa lagi satu azam..habiskan kelas memandu..taktahan den asyik kena perli je dengan adik..geram betol..yeay..banyaknye azam aku..haha..*bahagia

Happy Ending 2012



"Sempena sambutan Maal Hijrah pada esok hari, sekolah akan bercuti selama sehari. Baiklah, ustazah nak tanya satu soalan. Apakah maksud hijrah dan apakah kisah disebalik sambutan Maal Hijrah yang saban tahun pasti akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia?” Ustazah Kalsom memulakan kelas pada pagi itu dengan soalan yang cukup menarik minat seorang gadis di sudut kelas tersebut.
“Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Betul tak, ustazah?” Jawab salah seorang pelajar yang dikenali sebagai Hazim.
“Ya, betul tu Hazim. Ada siapa-siapa yang nak ceritakan kisah Hijrah ni?” Kelas senyap sunyi tanpa respon.
“Baiklah, kalau macam tu, biar ustazah je yang ceritakan. Maal Hijrah disambut sempena Tahun Baru Islam. Sama jugak kalau tiap-tiap tahun kita sambut tahun baru Masihi. Tahun Hijrah bermula apabila Nabi Muhammad SAW dan umat Islam pada zaman tersebut berpindah dari Kota Mekah ke Kota Madinah atas wahyu daripada Allah SWT. Ini hanyalah secara ringkas sahaja. Balik rumah, ustazah nak kamu semua cari kisah selanjutnya.” Ustazah Kalsom mengakhiri cerita dengan satu lagi kerja rumah.
‘Huh..kerja lagi. Cuti sehari tapi kerja sekolah macam cuti seminggu. Apa lah nasib. Nama je budak STPM, tapi bagi kerja macam kerja budak tingkatan satu.’ Bebel Tina seorang diri.
Kkrrrriiiiiinnnnnnnnnnnngggggggg….!!!!!
‘Yes, time to chow!’ dengan langkah pantas, Tina terus berlari keluar dari kelas.
“Woi, Tina! Tunggulah kejap!” Dari jauh sudah kedengaran Qila memanggilnya.
“Kau nak apa? Terjerit-jerit. Dah macam beruk.”
“Amboi, sedapnya mulut panggil orang beruk. Yang kau tu dah macam lipas kudung  kenapa? Cepat je keluar kelas sampai tak sempat nak tunggu aku. Kau nak kemana cepat-cepat ni? Oh, nak pergi lepak tak ajak aku kan? Macam ni la kawan.” Inilah Qila. Kawan sedari kecil yang tak pernah berenggang dengan Tina. Segala rahsia Tina, ada dalam tangan Qila dan begitulah sebaliknya.
“Oh, tak ada nak kemana pun. Aku nak balik rumah je ni.” Sedikit gagap ketika Tina menjawab soalan yang di aju oleh Qila sebentar tadi.
“Beb, kau demam ke? Bukan ke kau yang selalu anti gila balik rumah awal-awal? Ni apa cerita pulak tiba-tiba nak balik awal? Jangan kata kat aku, Jo dah tunggu kau kat rumah. Aku tau la parents kau tak de dua minggu ni.” Qila terus membuat tuduhan melulu apabila memikirkan perangai Tina yang agak pelik pada hari itu.
“Hah? Agak-agak la aku nak buat ‘projek’ kat rumah aku. Cari nahas namanya. Memanglah parents aku tak de tapi abang dan kakak aku balik rumah dalam tempoh diorang tak de ni.” Tina menafikan kata-kata Qila tadi. Sebenarnya ada benda yang Tina sembunyikan dari pengetahuan sahabatnya itu. Belum tiba masanya untuk dia memberitahu perkara sebenar.
“Oh, ek? Apa-apa je lah.  So, malam ni kau nak ikut kitorang lepak tak? Danny kata dia nak lepak Dataran Shah Alam. Jom lah. Dah berapa hari kau tak join kitorang. Budak-budak lain pun sibuk tanya aku kenapa kau tak join. Lagipun esok kan cuti. Relax lah.“ Qila berusaha memujuk Tina agar mengikutnya untuk keluar pada malam itu.
“Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku rajin, aku join lah. Homework selambak wey.” Tina juga berusaha menolak ajakan Qila dengan menggunakan kerja rumah sebagai alasan.
“Ok lah, apa-apa hal roger aku tau. Aku blah dulu. Chow!” Qila menepuk bahu Tina dan terus melangkah pergi. Teman lelakinya, Danny, sudah menunggu di luar sekolah untuk membawa Qila yang entah kemana hala tujunya.
…………………………..
Tina melihat jam tangan Swiss yang dipakainya. Jam menunjukkan pukul lapan malam. Dia masih berkira-kira sama ada ingin menerima ajakan Qila ataupun tidak. Sebelah hatinya berkata pergi, sebelah lagi berkata jangan. Mana satu yang harus di ikut? Dia mengambil telefon bimbit Blackberry Curve 9320 yang diletak di atas meja studinya dan mendail nombor seseorang.
“Hello, you kat mana? Boleh ambik I kat tempat biasa? Ye, sekarang. Tak payah lah banyak tanya, ambik je la. Ok, chow.” Ini kali terakhir untuk kau ikut diorang, Tina. Lepas ni, no more. Hatinya berbisik.
“I miss you, Tina. Miss you so much.” Sebaik saja Tina meneroboskan dirinya ke dalam kereta Mitsubishi Evo milik Jo, lelaki itu terus mengambil tangannya dan dikucup.
“You miss me or my body?” Sinis Tina menjawab kepada Jo dan terus menarik kembali tangannya dari pegangan Jo yang merupakan ‘teman lelaki’ dia ketika ini.
“Haha! Both, I think.” Jo hanya gelak hingga membingitkan telinga Tina. Huh, dasar lelaki!
“Dah sampai. You pergilah jumpa diorang dulu, sayang. Kejap lagi I datang.” Jo memberikan arahan kepada Tina.
“Tina! akhirnya kau datang jugak kan? Tak sia-sia aku ajak kau petang tadi.” Qila orang pertama yang menegurnya ketika dia menghampiri mereka.
“Jo, plan?” Danny bertanya kepada Jo.
“Biasa. Gerak.”
Hotel Cempaka Sari. Hotel bertaraf 3 bintang yang menjadi ‘port’ biasa mereka untuk melampiaskan hawa nafsu masing-masing. Bukan hanya mereka, tetapi ramai lagi yang berbuat demikian. Seolah-olah sudah menjadi tatapan biasa bagi mereka disitu. Sesampainya di bilik 303, Tina terus merebahkan diri di atas tilam empuk bersaiz Queen itu.
“Sayang, you nak air tak?” Jo mempelawa.
“Boleh jugak. Tapi tolong jangan letak pil. I tak nak.” Sedikit tegas Tina memberi amaran.
“Nah. I tak letak apa-apa pun. You jangan risau.” Jo menghampiri dan terus memeluk Tina dari belakang.
“Eh, apa ni? I tak nak lah malam ni. I period, so tolong faham. I tak cakap pun I nak masa keluar tadi kan? I cuma setuju nak ikut korang lepak je. Kalau dah macam ni, hantar I balik sekarang. Kalau tak nak hantar, I  boleh balik sendiri. Agak-agak nak jugak ‘benda’ tu, pergi cari orang lain. Jangan cari I lagi lepas ni.” Tina menolak godaan Jo untuk ‘bersama’. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak lagi melakukan perkara terkutuk itu dan pada ketika itu juga dia memutuskan hubungannya dengan Jo. Itulah tujuannya keluar pada malam itu. Jo hanya berdiam diri melihat Tina melangkah keluar. Semenjak itu, Tina tidak pernah lagi berjumpa dengan Jo dan hubungannya dengan Qila juga semakin renggang. Bukan tidak pernah Qila bertanya mengapa namun bijak dijawab oleh Tina. Hatinya sudah tidak ingin untuk  bersama kumpulan-kumpulan yang hanya menyesatkan dirinya. Dia mahu berhijrah. Ya, berhijrah ke arah kebaikan. Dia ingin mendalami ilmu agama Islam yang selama ini diabaikan.
“Assalamualaikum, ustazah. Erm, boleh tak kalau ustazah luangkan masa sekejap untuk saya? Saya ada soalan sikit nak tanya pada ustazah.” Tutur Tina selepas tamat waktu persekolahan pada hari tersebut. Masa yang ada harus digunakan sebaiknya dan tidak boleh ditangguh lagi.
“Ya, Tina. Kamu nak tanya apa?” Balas Ustazah Kalsom dan mempelawa Tina untuk pulang bersama beliau.
“Sebenarnya, saya nak tanya pasal hijrah. Boleh tak ustazah terangkan lagi sekali apa itu hijrah? Adakah hijrah hanya bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain je? Habis tu, kalau orang yang nak berubah dari sesuatu yang jahat kepada sesuatu yang baik, adakah turut dipanggil hijrah?” Tina terus melontarkan soalan yang selama ini bermain dibenak fikirannya. Dia amat mengharapkan ustazahnya itu mampu membantu dia menyelesaikan masalahnya.
“Begitulah maksud hijrah pada amnya, Tina. Hijrah juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya termasuklah berubah dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik. Sebagai contoh, seseorang yang dahulunya liar, gemar bersuka ria tanpa mengira batasan waktu ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik dan ingin bertaubat.” Kata-kata Ustazah Kalsom memang tepat terkena batang hidung Tina.
“Tapi ustazah, adakah taubatnya akan diterima Allah? Yela, dia dah jauh terpesong dari landasan agama. Arak, disko dan seks sudah menjadi perkara biasa dalam hidup dia.” Tina terus bertanya. Dirinya berasa sangat malu ketika bertanya soalan itu kepada Ustazah Kalsom namun tidak diendahkannya demi mendapatkan jawapan yang sebenar.
“Astaghfirullahal azim. Nauzubillahi min dzalik. Sesungguhnya Allah itu sifatnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia menerima setiap taubat hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya yang dulu. Sebagai hamba, kita harus sentiasa memohon taubat kepada Allah kerana mungkin tanpa kita sedari, ada dosa yang kita lakukan pada hari tersebut. Lagi satu, walau siapa pun yang memohon taubat, hatta seorang pelacur sekalipun, jika dia benar-benar ingin bertaubat, in sha Allah, taubatnya akan diterima oleh Allah. Janganlah kita menjadi hamba yang sombong untuk memohon taubat kepada-Nya. Tina faham apa yang ustazah terangkan ni?” Ustazah Kalsom memberikan jawapan yang cukup berharga buat Tina. Tina berjanji untuk bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan kejinya itu.
“Faham, ustazah. Erm, kalau saya nak mintak tolong ustazah ajarkan saya cara-cara untuk bertaubat, boleh tak?”
“Alhamdulillah..boleh je. Macam ni lah, esok kamu datang ke rumah saya. Boleh kita cerita tentang hijrah dengan lebih dalam lagi dan saya akan ajarkan kamu cara-cara untuk buat solat sunat taubat.”
“Baiklah, ustazah. Esok pagi, dalam pukul sepuluh saya datang rumah ustazah. Terima kasih sebab sudi dengar soalan saya dan tolong hantar pulang ke rumah. Assalamualaikum.” Tina berlalu seusai meminta pamitan dari gurunya yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri.
“Waalaikumussalam.” Jawab Ustazah Kalsom sambil tersenyum penuh makna kepada Tina.
…………….........
“Mummy, ada tudung tak?” Tina bertanya kepada Datin Marina walaupun tahu jawapan yang bakal diterimanya.
“Tudung? Dah buang tabiat ke kamu ni? Mummy mana ada tudung. Huh, dah lah panas kalau pakai. Tak kuasa mummy nak beli. Kalau kamu nak jugak, pergi tanya Mak Nab.” Datin Marina hanya memandang pelik ke arah anaknya yang tiba-tiba meminta tudung kepadanya. Hatinya mula berkata sesuatu namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Di dalam bilik, Tina mencuba tudung yang baru dipinjam daripada Mak Nab, pembantu rumahnya yang telah berkhidmat selama 15 tahun di rumah mereka. Saat melihat wajahnya yang memakai tudung di hadapan cermin, air matanya jatuh tanpa disedari.
“Ya Allah, hinanya aku selama ini. Mengapa aku tidak pernah menyedari keindahan agama-Mu ini, ya Allah? Sesungguhnya aku bersyukur dengan hidayah yang Kau berikan kepadaku dan masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan dan keindahan agama Islam. Aku bermohon kepada-Mu, Kau tetapkanlah hatiku pada agama-Mu dan janganlah Kau pesongkan hatiku dari hidayah-Mu. Amiin.”
…………………
“Sayang, kenapa termenung jauh sangat ni? Ada apa-apa masalah ke? Kalau ada, ceritalah kat abang. Mana tau abang boleh tolong.” Alhamdulillah, dia telah dianugerahkan seorang suami yang amat menyayangi dan menerima dirinya seadanya. Muhammad Darwish dan Nur Qistina selamat diijab kabulkan dua tahun selepas penghijrahannya iaitu pada 1 Muharram 1432Hijriah. Walaupun mengetahui kisah silam Tina yang dahulunya seorang gadis yang liar, Darwish mengatakan dia menerima Tina pada ketika dia sudah berubah dan kisah lampaunya tidak perlu dikenang kembali.
Sesungguhnya perubahan ini membawa erti yang sangat besar buat Tina sementelah ibu bapanya turut sama berubah apabila syarikat mereka telah jatuh muflis. Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya. Qila, Jo dan Danny juga telah mendapat balasan yang setimpal apabila mereka telah ditangkap khalwat dalam keadaan yang sangat mengaibkan. Dia berharap agar mereka telah bertaubat dan berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Eh, tak ada apa-apa lah bang. Dah lah, jom masuk. Tina pun nak masak dulu ni. Abang pergi la naik mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama ye?” Dengan penuh kelembutan dan kasih, Tina melayan suaminya.
Sambutan Maal Hijrah yang memasuki tahun 1433 Hijriah disambut dengan penuh makna dan penghayatan. Dia tidak akan sesekali kembali ke kehidupan lampaunya, in sha Allah.

Assalamualaikum..hari ni dan sepanjang tiga hari yang lepas adalah hari yang paling memenatkan untuk den n akk den..hal ini kerana, kitorg diarahkan pindah oleh owner umah tgkt 22 tu..yang membengangkan hati, dia kata kena keluar sebelum 30hb November 2012..means hari ni la, Jumaat..dia gitau pulak hari Selasa, 27hb hari tu..hamboii..sukehati paru2 dia je nak buat cmtu..ingat kitorg duk umah tu memang untuk main pindah2 je ke? sebab dah sibuk sgt dgn urusan pindah ni, terpaksa la dya ponteng kelas semalam..haih..rugi2..


so..sekarang ni dah masuk umah baru..nasib baik kat umah agent ni ade kosong..kalau tak, tak tau la nak pindah mana..apa la nasib dapat owner cmtu..sabar je la..tapi tu la, sebelum ni duk umah tu dua org je dgn akk..bilik pn kitorg berdua jugak..ni dah kena kongsi dgn orang lain..sumpah tak suka sebenarnye..tapi tu la, ni je yg ade..nak cari umah baru bukan senang..nak2 plak kat area shah alam ni..sewa sume mahal2..kalau ade kereta tak pe la jugak kn..tak kisah la dapat umah jauh2 pn..tapi rasanya kalau dah ade kereta, tak duduk shah alam da..for sure kena berulang dari umah kat telok tu..hallamak, memang kejauhan la..ah, berangan je nak kereta bagai..lesen pun tak dapat lagi..hihi..kantoi dah tau..

harap2nye, everything will gonna be fine..hubungan dgn housemates baru ni pun harap berjalan lancar la..tapi tetap jugak nak cari  umah lain..hihi..pray for me!! :D

TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN..

Assalamualaikum..kawan2..jom same2 baca ni..;)
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. 
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
 
TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
 
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Perbanyakkanlah amalan kita semasa hidup agar tak menyesal di akhirat kelak..In sha Allah, kita akan peroleh keberkatan-Nya..amiin..

Older Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...